Blogger Backgrounds

Sunday, June 26, 2011

sepetang di taman kandis

hari ni aku dan kumpulan sinar murni 2 buat persembahan kat rumah kak kam@ustazah kam.alhamdulillah semua berjalan lancar,walau sakit pinggang ku tak hilang hilang lagi ,tapi mujur juga malam tadi suami ku tolong urut kan ,kalo x mau aku tak bangun hari ni.
hajat hati nak la aku mengecat lagi mana yang belum siap tapi dari pagi aku sebuk sampai ke petang,mana tak nya pagi selepas je semua kerja umah selesai,aku keluar tuk menyelesai kan tugas semalam yang x selesai..samapi kul 2 baru balik.dh balik terus mandi n solat terus bersiam tuk ke taman kandis .sampai kul 6 petang baru balik..nampak nya minggu ni aku aku sibuk lagi apa tak nya.besok dapat rehat jap,lusa hari selasa meeting lagi dari pagi.hari rabu nak ke kl kalo x cuti ,kerana nak buat kan kad diskaun ktm ngan anak yg sampai dari u.pas tu khamis nak masak nasi bhoqori tuk majlis baca yasin n sambutan israj mikraj malam jumaat tu.hari jumaat ada latihan marhaban lagi.n petang sabtu ada lagi majlis kt rumah kawan sekumpulan sinar murni..
 ehh,ada ke tenaga tuk aku ni...isyaallah moga allah bagi kekuatan n kesihatan yang baik buat aku.dan keizinan dari suami yang penting.selagi suami menaruh kepercayaan yang penuh buat aku harus aku menjaga sebaik yang mungkin

Thursday, June 23, 2011

islam kah dia

hari ni sekali lagi darah ku naik gara gara sifat tamak dan penting diri sorang ketua di tempay ku
aku sangka bila bab surau ni dia lain la sikit rupanya huh nauzubillah.memang la surau baru dah ada dan surau lama ni kami kaum pompuan jadi kan tempat tuk baca yassin pada malam jumaat dan ada juga kelas marhabn dan kamijadikan juga pusat amanah ikhtiar.bak kata x la kami biar kan terbiar.lagi pun surau ni jauh dari surau baru.yang terletak di perumahan teres nun di hujung jalan perumahan teres.
jangan kata setakat nak wat kegiatan kaum pompuan ni tapi kalo nak wat solat jemaah tu lelaki setiap waktu pun boleh tapi x oa la pakat p surau baru pun ok juga.
    apa yang nak saya story kat sini bukan masalah tu semua,tapi perangai ketua penduduk merangkap ketua jmb kat flat seri era tempat tinggal ku ini.GERAM apabila malam ni kami pakat ramai ramai turun kat surau @x surau tu bleh plak orang yang pegang kunci tu kata si bini ketua ni pegang kunci@ dah bg balik kat ketua dah lebih tepat lagi.bila p minta banyak plak dolak dalih nya kat situ sini letak nya.sedang kan kat dia ada 2 lg kunci.last dh  di minta banyak kali dia suh p minta kat some one ni yang tak p surau pun.itu pun setelah campur tangan oleh kaum suami..
   apa yang kami sakit hati tu dia ada bersuara sebelum ni mengatakan dia nak surau tu di bayar sewa sapa yang guna.,dah la suma benda kat flat ni dia sewa kan.dari bilik penduduk dia bg indon wat kilang.dh di bising stop la.la bilik tu dh jd sarang habuk sapa pun x leh masuk.nak masuk kena sewa.dewan lagi la.tu kami suma dah x pernah ambik tahu dah.india ja yg kongke.tempat letak moto jadi kedai roti dan makanan ,di sewa kan pada india.bilik dewan pun di sewakan pada india.tuk tempat simpan barang.
 tapi tu suma x penting tapi yang penting surau.dia melayu beragama islam tapi kenapa perangai cam tu.dan kemana duit tu.kami pun bayar duit api tuk surau yang kami guna seminggu sekali ni.sedih ada melayu yang macam ni

Wednesday, June 22, 2011

lara hati seorang ibu

hari ni seperti hari hari sebelum nya aku seperti biasa namun sejak akhir2 ini terlalu banyak pula dugaan yang allah bagi kat aku.tah la nak cakap pun dah x bleh.
anak sulung aku dah semakin jauh dari aku gara2 seorang pompuan.aku bukan lah mengongkong tapi ingin di hormati sebagai ibu.aku sebagai ibu gembira bila anak sudah berteman tapi bila mendapat tahu bahawa temannya x suka aku n anak2 ku yg lain aku jadi sedih.kerana mereka baru kawan tapi anak ku macam dah di kongkong habis.sampai kan tanggungjawab pada adik2 adik pun dah lupa.untuk aku jauh sekali la
bukan nak meminta tapi kalo dulu ada juga adik2 merasa tapi sekarang kena maki ada la.
tapi klo nak minta duit dari aku pandai pula bermanis muka..sebagai ibu x sampai hati aku melihat nya.tapi di mana gaji nya,hari ni gaji esok dah x de.aku tahu gaji nya x seberapa tapi kenapa di turut kata pompuan tu yg hanya berbelanja kat tempat mewah ja.
x pa la kalo itu yg wat depa bahagia

Tuesday, June 21, 2011

hari ni aku berbicara lagi...semalam aku telefon ayah nak ucap selamat hari bapa.mungkin terlewat dari adik2 yang lain.tapi memang aku ingat dari awal2 lagi tp nk telefon pagi ayah plak sebuk bila petang aku plak yg sebuk sampai kemalam.bila aku telefon mohon maaf dalam nada gurau ayah kata nak wat cam na aku sebuk memanjang.hihihi.aku tau ayah tak berkecil hati tu gurau ja dari dia.kerana aku selalu telefon ayah.hanya ucapan2 tertentu ja ucapan lain dari khabar biasa.
            ayah sayang kami pada ayah x ternilai .tampa restu ayah mungkin kami tiada di sini seperti hari ni.dan yang paling kami x lupa ayah selalu masak kan kami makanan yang sedap2.walau mak juga kami sayang.tapi ayah x pernah biar mak masak sorang2 di dapur.kalo anak2 berkumpul ayah lah manusia paling sebuk.menyiap kan makanan untuk kami.walau kami dah menjadi isteri dan ibu sepatut nya kami yang masakakn tuk ayah tapi bila kami balik sekali sekala ayah tetap masak kan apa yangt kami nak makan.
           ibu pula sentiasa pasti kan apa yangkami mahu.sunggh kami bukan nak tagih simpat atau perhatian.masakan ayah lebih sedap dari masakan mak.walau kasih kami tetap teguh pada kedua2 nya.ayah x pernah mengeluh penat kalo kami nak makan apa saja yg sedap2 .ayah pasti masakkan.seronok nya saat kami adik beradik berkumpul.nampak riang wajah ayah ibu takkala itu..

Wednesday, June 15, 2011

dah agak lama aku x mengitai di sini.masa ku agak terhad sikit dengan berbagai aktiviti n tugas aku sebagai surirumah lagi.syukur alhamdulillah kerana aku masih lagi berpeluang menulis di gerbang ini.
  penat nya badan hari hari sebuk cam ni namun aku puas dapat melaku kan kerja2 ini.mungkin kerana dengan keiklasan hati kut.dan bila selesai tugas di luar kerja kerja di rumah plak menanti
  esok hajat hati nak rehat puas puas tapi terfikir plak sawang kat bilik tidur ni.nk kemas bilik la plak kerana aku ingin mengecat bilik ni dengan kale baru.biru ni dah rasa slow la pula.wah nk cat kale cokelat cair la.bilik anak gadis dh di cat dah.bilik anak bujang belum lagi.last baru nak cat ruang tamu...wah sebuk juga ni.dengan aktiviti persatuan lagi.dengan perjumpaan lagi.mampu ke aku ni.semua nak buat.tapi bila wat sendiri rasa puas.biar lambat janji ok.kalo suami yang tolong suma benda dia nak cepat siap.x stop dah.huh mampus.x pa dia p kerja aku mula mengecat.janji dia blik aku bleh kemas pa yg patut.cuma barang berat ja biar dia ubah.
    tapi apa nak ku cat kat ruang tamu ni ye.apa warna nya.belum terfikir lagi kale ni.kalo pink.x nk dah ada.biru dah ada.hijau dah ada.,purple dah ada....pening pening.

Sunday, May 8, 2011

terima kasih ibu

ibu..ku titip lagi bingkisan buat mu
ku khabar kan rinduku pada mu
ku bisikkan sayang di benak mu
ku alun melodi syahdu di di telinga mu
 ibu..bagi ku setiap hari adalah hari mu
 tiada hari yang khusus buat mu ibu
 kerna ibu tetap ibu di hati ku
 hari hari adalah yang terindah buat ku
 pabila diri mu ibu ratu terbaik ku
   ibu ...takkala usia ku mengijak senja
   baru ku tahu besarnya pengorbanan mu
   terlalu sabar kau mendidik anak anak mu
   tak pernah sekali pun kau ungkit pengorbanan mu
ibu..jasa mu terlalu abadi buat ku
walau bukan diri mu yang membesar kan ku
namun tak pernah kau buang aku
malah kasih mu bercambah buat ku
  ibu..aku lihat senyum mu
  takkala melihat kejayaan anak anak ku
  itu tanda kau berbangga dengan ku
  kerna menjadi seorang ibu seperti mu
terima kasih ibu
kerana telah melahirkan aku
terima kasih ibu
kerana memberi peluang kepada ku
menjadi seorang ibu.............

Friday, May 6, 2011

untuk mu ibu

ku titip sebuah rindu
ku khabar sejuta resah
ku gamit sekeping hati
ku lontar secebis rasa
 lalu ku impi segunung harapan
 ku sisip cinta yang satu
 pada mu wahai ibu
 senyum mu ku damba selalu
   pada mu ibu tercintaku
   sejahtera lah hidup mu
   itulah harapan ku
   tak kala menginjak hari mu

Followers