Blogger Backgrounds

Sunday, June 26, 2011

sepetang di taman kandis

hari ni aku dan kumpulan sinar murni 2 buat persembahan kat rumah kak kam@ustazah kam.alhamdulillah semua berjalan lancar,walau sakit pinggang ku tak hilang hilang lagi ,tapi mujur juga malam tadi suami ku tolong urut kan ,kalo x mau aku tak bangun hari ni.
hajat hati nak la aku mengecat lagi mana yang belum siap tapi dari pagi aku sebuk sampai ke petang,mana tak nya pagi selepas je semua kerja umah selesai,aku keluar tuk menyelesai kan tugas semalam yang x selesai..samapi kul 2 baru balik.dh balik terus mandi n solat terus bersiam tuk ke taman kandis .sampai kul 6 petang baru balik..nampak nya minggu ni aku aku sibuk lagi apa tak nya.besok dapat rehat jap,lusa hari selasa meeting lagi dari pagi.hari rabu nak ke kl kalo x cuti ,kerana nak buat kan kad diskaun ktm ngan anak yg sampai dari u.pas tu khamis nak masak nasi bhoqori tuk majlis baca yasin n sambutan israj mikraj malam jumaat tu.hari jumaat ada latihan marhaban lagi.n petang sabtu ada lagi majlis kt rumah kawan sekumpulan sinar murni..
 ehh,ada ke tenaga tuk aku ni...isyaallah moga allah bagi kekuatan n kesihatan yang baik buat aku.dan keizinan dari suami yang penting.selagi suami menaruh kepercayaan yang penuh buat aku harus aku menjaga sebaik yang mungkin

Thursday, June 23, 2011

islam kah dia

hari ni sekali lagi darah ku naik gara gara sifat tamak dan penting diri sorang ketua di tempay ku
aku sangka bila bab surau ni dia lain la sikit rupanya huh nauzubillah.memang la surau baru dah ada dan surau lama ni kami kaum pompuan jadi kan tempat tuk baca yassin pada malam jumaat dan ada juga kelas marhabn dan kamijadikan juga pusat amanah ikhtiar.bak kata x la kami biar kan terbiar.lagi pun surau ni jauh dari surau baru.yang terletak di perumahan teres nun di hujung jalan perumahan teres.
jangan kata setakat nak wat kegiatan kaum pompuan ni tapi kalo nak wat solat jemaah tu lelaki setiap waktu pun boleh tapi x oa la pakat p surau baru pun ok juga.
    apa yang nak saya story kat sini bukan masalah tu semua,tapi perangai ketua penduduk merangkap ketua jmb kat flat seri era tempat tinggal ku ini.GERAM apabila malam ni kami pakat ramai ramai turun kat surau @x surau tu bleh plak orang yang pegang kunci tu kata si bini ketua ni pegang kunci@ dah bg balik kat ketua dah lebih tepat lagi.bila p minta banyak plak dolak dalih nya kat situ sini letak nya.sedang kan kat dia ada 2 lg kunci.last dh  di minta banyak kali dia suh p minta kat some one ni yang tak p surau pun.itu pun setelah campur tangan oleh kaum suami..
   apa yang kami sakit hati tu dia ada bersuara sebelum ni mengatakan dia nak surau tu di bayar sewa sapa yang guna.,dah la suma benda kat flat ni dia sewa kan.dari bilik penduduk dia bg indon wat kilang.dh di bising stop la.la bilik tu dh jd sarang habuk sapa pun x leh masuk.nak masuk kena sewa.dewan lagi la.tu kami suma dah x pernah ambik tahu dah.india ja yg kongke.tempat letak moto jadi kedai roti dan makanan ,di sewa kan pada india.bilik dewan pun di sewakan pada india.tuk tempat simpan barang.
 tapi tu suma x penting tapi yang penting surau.dia melayu beragama islam tapi kenapa perangai cam tu.dan kemana duit tu.kami pun bayar duit api tuk surau yang kami guna seminggu sekali ni.sedih ada melayu yang macam ni

Wednesday, June 22, 2011

lara hati seorang ibu

hari ni seperti hari hari sebelum nya aku seperti biasa namun sejak akhir2 ini terlalu banyak pula dugaan yang allah bagi kat aku.tah la nak cakap pun dah x bleh.
anak sulung aku dah semakin jauh dari aku gara2 seorang pompuan.aku bukan lah mengongkong tapi ingin di hormati sebagai ibu.aku sebagai ibu gembira bila anak sudah berteman tapi bila mendapat tahu bahawa temannya x suka aku n anak2 ku yg lain aku jadi sedih.kerana mereka baru kawan tapi anak ku macam dah di kongkong habis.sampai kan tanggungjawab pada adik2 adik pun dah lupa.untuk aku jauh sekali la
bukan nak meminta tapi kalo dulu ada juga adik2 merasa tapi sekarang kena maki ada la.
tapi klo nak minta duit dari aku pandai pula bermanis muka..sebagai ibu x sampai hati aku melihat nya.tapi di mana gaji nya,hari ni gaji esok dah x de.aku tahu gaji nya x seberapa tapi kenapa di turut kata pompuan tu yg hanya berbelanja kat tempat mewah ja.
x pa la kalo itu yg wat depa bahagia

Tuesday, June 21, 2011

hari ni aku berbicara lagi...semalam aku telefon ayah nak ucap selamat hari bapa.mungkin terlewat dari adik2 yang lain.tapi memang aku ingat dari awal2 lagi tp nk telefon pagi ayah plak sebuk bila petang aku plak yg sebuk sampai kemalam.bila aku telefon mohon maaf dalam nada gurau ayah kata nak wat cam na aku sebuk memanjang.hihihi.aku tau ayah tak berkecil hati tu gurau ja dari dia.kerana aku selalu telefon ayah.hanya ucapan2 tertentu ja ucapan lain dari khabar biasa.
            ayah sayang kami pada ayah x ternilai .tampa restu ayah mungkin kami tiada di sini seperti hari ni.dan yang paling kami x lupa ayah selalu masak kan kami makanan yang sedap2.walau mak juga kami sayang.tapi ayah x pernah biar mak masak sorang2 di dapur.kalo anak2 berkumpul ayah lah manusia paling sebuk.menyiap kan makanan untuk kami.walau kami dah menjadi isteri dan ibu sepatut nya kami yang masakakn tuk ayah tapi bila kami balik sekali sekala ayah tetap masak kan apa yangt kami nak makan.
           ibu pula sentiasa pasti kan apa yangkami mahu.sunggh kami bukan nak tagih simpat atau perhatian.masakan ayah lebih sedap dari masakan mak.walau kasih kami tetap teguh pada kedua2 nya.ayah x pernah mengeluh penat kalo kami nak makan apa saja yg sedap2 .ayah pasti masakkan.seronok nya saat kami adik beradik berkumpul.nampak riang wajah ayah ibu takkala itu..

Wednesday, June 15, 2011

dah agak lama aku x mengitai di sini.masa ku agak terhad sikit dengan berbagai aktiviti n tugas aku sebagai surirumah lagi.syukur alhamdulillah kerana aku masih lagi berpeluang menulis di gerbang ini.
  penat nya badan hari hari sebuk cam ni namun aku puas dapat melaku kan kerja2 ini.mungkin kerana dengan keiklasan hati kut.dan bila selesai tugas di luar kerja kerja di rumah plak menanti
  esok hajat hati nak rehat puas puas tapi terfikir plak sawang kat bilik tidur ni.nk kemas bilik la plak kerana aku ingin mengecat bilik ni dengan kale baru.biru ni dah rasa slow la pula.wah nk cat kale cokelat cair la.bilik anak gadis dh di cat dah.bilik anak bujang belum lagi.last baru nak cat ruang tamu...wah sebuk juga ni.dengan aktiviti persatuan lagi.dengan perjumpaan lagi.mampu ke aku ni.semua nak buat.tapi bila wat sendiri rasa puas.biar lambat janji ok.kalo suami yang tolong suma benda dia nak cepat siap.x stop dah.huh mampus.x pa dia p kerja aku mula mengecat.janji dia blik aku bleh kemas pa yg patut.cuma barang berat ja biar dia ubah.
    tapi apa nak ku cat kat ruang tamu ni ye.apa warna nya.belum terfikir lagi kale ni.kalo pink.x nk dah ada.biru dah ada.hijau dah ada.,purple dah ada....pening pening.

Sunday, May 8, 2011

terima kasih ibu

ibu..ku titip lagi bingkisan buat mu
ku khabar kan rinduku pada mu
ku bisikkan sayang di benak mu
ku alun melodi syahdu di di telinga mu
 ibu..bagi ku setiap hari adalah hari mu
 tiada hari yang khusus buat mu ibu
 kerna ibu tetap ibu di hati ku
 hari hari adalah yang terindah buat ku
 pabila diri mu ibu ratu terbaik ku
   ibu ...takkala usia ku mengijak senja
   baru ku tahu besarnya pengorbanan mu
   terlalu sabar kau mendidik anak anak mu
   tak pernah sekali pun kau ungkit pengorbanan mu
ibu..jasa mu terlalu abadi buat ku
walau bukan diri mu yang membesar kan ku
namun tak pernah kau buang aku
malah kasih mu bercambah buat ku
  ibu..aku lihat senyum mu
  takkala melihat kejayaan anak anak ku
  itu tanda kau berbangga dengan ku
  kerna menjadi seorang ibu seperti mu
terima kasih ibu
kerana telah melahirkan aku
terima kasih ibu
kerana memberi peluang kepada ku
menjadi seorang ibu.............

Friday, May 6, 2011

untuk mu ibu

ku titip sebuah rindu
ku khabar sejuta resah
ku gamit sekeping hati
ku lontar secebis rasa
 lalu ku impi segunung harapan
 ku sisip cinta yang satu
 pada mu wahai ibu
 senyum mu ku damba selalu
   pada mu ibu tercintaku
   sejahtera lah hidup mu
   itulah harapan ku
   tak kala menginjak hari mu

Thursday, May 5, 2011

bila manusia lupa diri

mengapa masih ada insan yang mengambil kesempatan terhadap diri ku...megapa mereka tergamak memperlakukan diri ku sekeluarga dengap sikap buruk mereka..tidak kah mereka sedar selama ini rumah ku lah tempat mereka meminjam itu ini..bila hujung bulan pula tampa segan silu rumah ku lah mereka makan itu ini.x cukup itu duit pula di pinjam lagi.namun sedikit pun selama ini kami tak anggap sebagai bebanan,walaupun ada teman lain menegur kenapa mereka sentiasa di rumahku.
 namun kini mana kan tidak kami terasakecil hati,bila roda mereka di atas kini,kami bukan lagi kawan sejati,datang rumah ku jauh sekali,apa tah lagi nak hantar walau sebungkus maggi.namun kami biarkan perangainya yang semakin menjadi jadi walau bukan ini pertama kali tapi sudah berulang kali.namun kata suami ku lagi biarkan mereka terus menjadi jadi kerana tahu lah mereka apa yang akan terjadi nanti.kali ini tak kan lagi kami akan memberi pertolongan lagi..
 kata ku kepada suami ,jangan di ajar itik berenang lagi,
 aku bukan lah pedendam tapi sekadar memberi pengajaran,kerana kami tahu pabila poket kalian kekurangan kekurangan di sini lah nanti tempat bergelandangan kalian,kerana sebagai kawan dan jiran hanya kami yang tahu perihal kalian.kerana pada orang lain tak pernah kalian khabar kan kesulitan kalian.pada insan lain sememangnya mereka tak pernah tahususah senang kalian,kerana mereka hanya lah teman bila diri mu dalam kesenangan..............................................

bila manusia lupa diri

hidup bagaikan roda,sekejap kita di atas sekejap kita di bawah,namun aku tetap aku walaupun di mana arah roda itu berputar.
 namun apa yang aku kesalkan dengan insan yang boleh ku anggap seperti rakan adik dan keluarga ku sendiripabila berada di rantauan ini,sedar tak sedar dah sepuluh tahun ku kenal mereka,terlalu banyak yang ku ketahui pahit manis perjalanan hidup mereka.
 namun sejak akhir akhir ini aku makin terasa dengan perangai mereka.mungkin mula mula dulu ku buang jauh jauh perasangka buruk kerana tak nak di anggap suka cari hal,tapi andai benda yang sama sering terjadi hati ku semakin luluh dengan sikap nya.bukan lidah jadi alasan bukan kutukan menjadi ukuran tapi satu sikap buruk yang keterlanjuran,buat diri ku terkesan.
 manusia mudah lupa di mana diri berada,bukan niatku untuk mengaibkan sesiapa tapi luahan hati yang terluka.luka hati ku dengan perangai manusia yang mudah lupa tentang pengorbanan orang lain terhadap dirinya,bukan harta dunia yang menjamin segalanya.tapi hati yang jujur itu yang di pinta.aku juga bukan lah insan berada tapi hanya lah insan biasa,bagi ku berkawan biar seribu,musuh jangan menghigap diri ku,itu lah pegangan hidup ku.namun di atas sikap ku masih ada insan yang selalu mengambil kesempatan terhadap sikap ku ini.
hari ini aku mula menulis lagi tapi apa yang nak ku tulis ye..............buntu nya fikiran ku..bosan pun ada juga ni..tapi yang paling best nya aku dapat berbicara dengan mak di kg hampir satu jam berbicara di telefon..namun kenapa la hati ini tetap juga berbisik kampung aku rindu kamu..
 ingin saja kaki ini melangkah pulang namun kewajipan seorang ibu juga tanggungjawab seorang suami memaksa aku masih di sini..namun entah mengapa saat ini hati ku terlalu rindukan kampung.rindukan masakan ayah rindukan kedamaian malam di kampung.rindu pada snak saudara,tapi bila waktu nya aku dapat kembali,terasa 3 bulan bagaikan seribu tahun .
 minda ku sarat dengan awangan yang entah apa apa.tapi benak ku tetap juga berbicara.tapi apa ya.................mengapa aku jadi begini.bukan sehari dua aku di rantauan ini.tp sudah lama tapi mengapa hati ku segusar ini..hati merintih dalam sendu merayu dalam diam.merindu pada sesuatu .tapi apa yang ku rindu.apa yang ku gusarkan.kampung ku nun jauh di utara..kenapa aku terlalu merindui mu saat ini..mengapa mengapa.dan mengapa..tiada khabar yang tidak elok.tiada masalah yang tidak enak tapi mengapa aku segelisah ini..MENGAPA......................................................aku tiada jawapan nya

Sunday, May 1, 2011

setelah hampir 25 tahun aku tidak menulis ,hari ini ku tulis kembali segala yang pernah kulakukan dulu..sejujurnya aku rindu untuk menulis dan terus menulis .namun jarak waktu yang membezakan segalanya.kalau dulu banyak cerita indah di zaman remaja namun kita usia telah menginjak ke senja..tiada lagi saat indah sedemikian rupa..namun kini aku telah punya segalanya yang membuatkan aku lupa seketika apa yang dulu aku suka...
sejujurnya aku cukup bahagia dan gembira dengan anugerah yang ada di kurniakan dengan tiga cahayamata yang kini semuanya telah menginjak remaja.dan aku punya suami yang semua isteri damba..walau kami tak kaya tapi kami cukup bahagia..alhamdulillah di atas kurnianya
telah lama hajat hati ini untuk menulis dan meluahkan segalanya,tapi hati ku tetap berkata biarlah aku kini telah berusia,namun naluri kecil ku tak pernah berhenti berkata kenapa harus aku melupakan apa yang menjadi minat ku dulu
namun apa lagi yang harus aku tulis ,cerpen atau puisi yang dulu sering menjadi pilihan utama ku,adakah lagi orang yang mahu melihat hasil karya ku,atau haruskah aku terus melupakan semuanya dan hidup seperti biasa,menjadi suri pada suami dan ibu pada anak anakku saja.tapi..............bila aku sendirian saja kebosanan terus melanda,tiada apa yang dapat ku luangkan pada masa yang ada.bila suami pergi kerja,anak anak pula dengan pengajian mereka tinggallah aku seorang saja,lalu pada waktu itu kebosanan sering melanda
kadang kadang aku menulis juga tapi hanya di helaian kertas sahaja.
anak anak ku sering berkata kenapa emak tidak terus menulis saja.tapi bila usia yang sudah senja ini berbicara,rasa malu pun ada.namun aku bersyukur tidak terhingga bila anak anak ku menjadi pendorong utama,meyuruh ku berkarya semula....buat anak anak ku bukan ibu tidak setuju tapi ibu merasa malu.kerana ibu sudah tidak semampu yang dulu,otak ini sudah beku sebeku tanah yang di gumpal menjadi dadu.namun ibu menulis jua demi semangat yang kalian berikan untuk ibu.terima kasih anak anak ku.
apa lagi yang nak ku tulis di watikah pertama ku ini,apa lagi nak ku ceritakan tentang diri ku.semuanya sudah menjadi beku.hanya yang termampu oleh ku bersyukur dan terus bersyukur selalu kerana aku tetap aku ,aku  tetap seperti dulu cuma kini aku bergelar ibu......................semoga kebahagiaan menjadi milik ku selalu aaaaaaaaaaaamiiiiiiiiiiiiiin

DI SINI KU BERMULA

sudah lama aku x berkarya
masih kah ada lg magic ku
apakah sudah berkarat otak ku
namun aku terus menulis jua
  jari jemari ku bergerak perlahan
di titip jua bingkisan kerinduan 
pada helaian demi helaian 
adakah masih ada lagi harapan
 jika rindu yang menggamit ingatan 
haruskah aku melupakan
tapi hati ku tetap mengatakan
aku masih ada harapan
 lalu bait demi baik ku ukirkan
harap tiada yang membosankan
harapan ku setinggi awan 
moga tinta ku akan terus berkekalan

Friday, January 14, 2011

kain buruk ayah

Di tangga pentas
menggertak menggegar
ramai berdendang
menuntun di tangga kambing
jerihlah bibir-bibir mengukir
bersimpang siur seloka-seloka
liuk gemalai merdu
di seli nista sumbang
entahkan harapan jelata
entahkan bala menimpa.
Tiba-tiba ramai berkebun
bertanamlah cili mereka
ada yang tanam tebu
ada yang tanam belimbing
ada yang kekal menanam sirih
beraya berkunjung
menyendeng tanaman mereka
entahkan harapan jelata
entahkan bala menimpa.
Senyum kambing
di tangga kambing
kecundang bertandang
terus kecundang
surai bersalamlah mereka
meninggalkan pentas
meninggalkan tangga kambing.
Moga-moga reda di persada.

Followers