Blogger Backgrounds

Sunday, May 8, 2011

terima kasih ibu

ibu..ku titip lagi bingkisan buat mu
ku khabar kan rinduku pada mu
ku bisikkan sayang di benak mu
ku alun melodi syahdu di di telinga mu
 ibu..bagi ku setiap hari adalah hari mu
 tiada hari yang khusus buat mu ibu
 kerna ibu tetap ibu di hati ku
 hari hari adalah yang terindah buat ku
 pabila diri mu ibu ratu terbaik ku
   ibu ...takkala usia ku mengijak senja
   baru ku tahu besarnya pengorbanan mu
   terlalu sabar kau mendidik anak anak mu
   tak pernah sekali pun kau ungkit pengorbanan mu
ibu..jasa mu terlalu abadi buat ku
walau bukan diri mu yang membesar kan ku
namun tak pernah kau buang aku
malah kasih mu bercambah buat ku
  ibu..aku lihat senyum mu
  takkala melihat kejayaan anak anak ku
  itu tanda kau berbangga dengan ku
  kerna menjadi seorang ibu seperti mu
terima kasih ibu
kerana telah melahirkan aku
terima kasih ibu
kerana memberi peluang kepada ku
menjadi seorang ibu.............

No comments:

Followers